Ya Allah
Ya Allah,
aku adalah hambamu yang lemah
aku pinta kau pinjamkan sedikit keberanian kepadaku
pinjamkan sedikit kekuatan kepadaku
pinjamkan sedikit ketabahan kepadaku
Ya Allah,
sesungguhnya aku adalah hambamu
yang banyak dosa
yang tidak terlepas membuat dosa
yang tidak terlari daripada dosa
Ya Allah,
aku tidak sempurna
tidak akan pernah menjadi
tidak akan sesekali merasa
Ya Allah,
aku bersyukur kerana menjadi Islam
aku bersyukur kerana aku adalah seorang Islam
aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam
Ya Allah,
maafkan aku sekiranya aku lalai dengan duniawi
sekiranya aku terus menerus membuat dosa
sekiranya aku gagal menjadi Islam yang sebenar
sekiranya aku cuai menutup auratku
sekiranya aku leka sehingga lupa tanggungjawabku
sekiranya aku alpa dengan syurga dunia
Ya Allah,
aku sedang berusaha
menjadi seorang hamba Islam yang sebenar
aku masih lagi mencuba
untuk menunaikan kewajipan ku
aku masih mencari
bagaimana untuk menjadi seorang muslimah
aku sedang mencari
keredhaanmu,
Ya Allah Ya Tuhanku.


